Quantcast
Channel: [In Dnazz's Shoes]
Viewing all articles
Browse latest Browse all 143

Open House Raya At Our New Crib

$
0
0
Hi there!


Alhamdulillah, dah lepas dah hajat nak buat open house + kenduri doa selamat
Doa selamat sempena masuk rumah nie & nak fly nanti
Walaupon dah lama masuk rumah, ni baru berkesempatan buat kenduri 
Sebelum ni buat bacaan Yassin gitu-gitu aje
Jadi, majlis kali ni kira majlis 3 in 1 
Doa selamat naik rumah+ fly & open house 
Sekali harung, senang citer hehehe

Ni first time kami hosting a feast at our new crib 
Sebelum ni makan-makan kecil je 
Now rasa macam nak buat kenduri kawen 
Nervous rupanya bila handle majlis besar kan
Tu belum kelam-kabut nak manage itu ini
Itu lupa, ini lupa, orang sana-sini cari kita
Now barulah aku faham macam mana mak rasa bila dia buat kenduri kat rumah
Memang tak menang tangan!
Mujurlah makanan semua order catering aje
Khemah hubby cari kat Mudah
Memang mudahlah kerja 
Kalau nak masak sendiri, mau pengsan makkkk

Hurm..biasalah kalau kenduri & involve ramai orang
Kekadang ade jer benda yang hilang kan?
This time, my hand phone hilang
Aku sendiri hilang memori bilakah kali terakhir aku pegang hand phone tu
Rasanya sebelum pukul 3pm, handphone masih di tangan
Pukul 3.30pm ke atas, handphone sudah tidak kelihatan 
Tak tahulah tercicir ke atau saya yang tertinggal di mana-mana & ada yang berminat dengannya
Wallahualam...

Yang pasti jangka hayat bateri phone tu memang selalunya tak lama
Bila dah semua orang bertungkus-lumus nak cari phone tu & masing-masing dok try kol number aku
Dia pon terpadam or dipadam..wallalualam..
Makanya...Bye bye SII *tskkkk* 

Yang paling aku ralat sekali, semua gambar dalam tu gone!
especially gambar pagi tu'
Almaklumlah, aku kan ketandusan gambar raya
Jadi pagi tu kemain lagi beratur amik gambar dengan semua ahli keluarga
Yang bestnya tu, semua gambar adalah dari camera aku aje tu -_-
Hadoi..bila phone hilang, semua pon selamat tinggallah..
Mujur cousin aku and kekawan yang datang ada tag gambar kat FB/Instagram
So, adalah a few gambar nie..Kalau tak....T_T


 Ni gambar dari ipad my cousin, Daa
Dia upload kat Fb, so ai save lah..kalau tak non ado langsung gambarnya 



Ni pon dari ipad dia..
With me is my sis in law..kak Ram 



Dari Fb, aku upload ke Instagram
Pagi tu kemain berhajat nak upload gambar kat Ig banyak-banyak..
Rupa-rupanya..panas tak sampai ke petang..:( 






Ini gambar yang diupload oleh kekawan yang datang
Actually, ramai lagi yang berkunjung, tapi sempat ambik gambar melainkan dengan diorang berdua aje
Rugi betul tak amik gambar dengan yang lain... :(  


With khalida..tq tagged me kat Insta
Dapat jugak save gambar nie..



Yang ni pulak dari Azrina
Terima kasih sangat datang & bring your family along
Tak ssangka betul baju semua kebetulan sama warna
Lepas tu bila bergambar ramai-ramai, kami macam family pulak kan?:p

Aku rasa cukuplah gambar-gambar ini untuk pengubat duka..
Walaupon sebenarnya sedih gila takda gambar dengan family sendiri
Gambar tu kekonon aku nak framekan & bawak ke perantauan nanti untuk buat pengubat rindu
Malang sungguh tak berbau..kan. 

Takpelah. Redha. 

Selamat Hari Raya. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 143

Trending Articles