Quantcast
Channel: [In Dnazz's Shoes]
Viewing all articles
Browse latest Browse all 143

Kat Mana Nak Translate Sijil Nikah???

$
0
0
Hi there!

As-Salam

Pada yang nak sambung belajar di luar negara, memang tak boleh lari dari topik ni 
Sijil nikah kita either dalam bahasa Jawi or Rumi mesti ditranslatekan ke Bahasa Inggeris 
Nak translate mestilah menggunakan khidmat translator yang bertauliah 
Bukan boleh suruh cikgu Bahasa Inggeris kat sekolah korang tolong translatekan..no no no 

Ada yang kata Pejabat Agama Negeri boleh translatekan 
Tapi my hubby dah pergi Pej. Agama di Shah Alam, 
Diorang minta kami balik dan dapatkan translation di Pej. Agama Kedah 
Sebab kami bernikah di sana
Kan dah susah tu kalau nak kena balik kampung pula??

Ehhh jap, tak perlu susah-susah balik kampung
Anda boleh cari translator di mana-mana Mahkamah Tinggi 
Kalau taknak, ada option lain seperti dapatkan translation di Istana Kehakiman, Putrajaya 
Tak pon boleh pergi ke Institut Penterjamahan, Wangsa Maju. 

Macam kes kitaorang ni, hubby dah pergi High Court Shah Alam, 
Sekali masa dia datang tu takda translator Muslim
Yang ada pon non-Muslim ajer
Of course la diorang tak pandai baca Jawi kan
So diorang cadangkan hubby translate dari Jawi-Malay-English
Dapatlah satu experience baru kami mentranslate sijil nikah nie
Mula-mula hubby dah siap-siap translate Jawi-Rumi-English dan suruh saya check
Saya pulak minta supaya ustazah kat kampus saya tolong checkkan tuk Jawi tu 
Untuk English, saya minta English lecturer kat sini jugak tolong semakkan
Sebab ye lah both ada lafaz taklik kan..kan salah pronunciation susah..

Bila dah setel tu semua, saya terus ke High Court Shah Alam lagi sekali
Rupa-rupanya ceh! Hari tu ada je translator Muslim yang available
Senangla kerja saya..dia tak perlukan semua doc yang dah saya translate tadi
Yang dia nak cuma sijil ori...hololololo..nape la en suami tak jumpa dia at first?huhu

Dia juga nasihatkan kami terus translate sijil lahir kitaorang
At first saya reluctant juga sebab dah buat cabutan dwi bahasa di JPN tempoh hari
Rupanya kata beliau, ini untuk urusan di kemudian hari 
Memangla untuk keperluan visa, cabutan sijil lahir sudah memadai sebab sudah berdwi bahasa
Namun nanti untuk urusan persekolahan anak, sewa-beli itu ini di sana nanti semuanya perlukan English doc 
Jadi teruslah saya suruh dia translatekan our birth cert into English

Saya sangat beruntung berjumpa dengan Puan Rahimah,who is a certified translator 
Beliau sangat humble orangnya, dah la cakap pon soft spoken aje
Kerja pulak efficient, hantar Jumaat, Isnin dah siap semua dah.  
Siap notify lagi doc dah siap & boleh collect with total amount berapa 
Beliau siap buatkan dua copy for each docs..bagusnyaaaa
Senang katanya..satu untuk submit visa, satu untuk simpanan masa hadapan
Oh my God..bagusnyaaa, syukur ya Allah kerana dipertemukan dengan beliau

Owh lupa cakap, charge semuanya RM250 sahaja
Ini termasuk 2 copies sijil nikah (depan belakang)- with one extra copy each
3 copies birth certificate- with one extra copy each 
Pada saya harganya, MasyaAllah, berbaloi-baloi!:) 

Kalau ada sesiapa perlukan translator, bolehlah hubungi beliau 
Nama, contact number dan alamat adalah seperti yang tertera di dalam name card tu 
InsyaAllah. mudah kerja korang tak perlu translate macam kes saya tadi hukhukhuk 


Kindly enlarge for a better vision 

Ok peeps, hope this helps!:) 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 143

Trending Articles